Friday, 20 October 2017

Mendaftar sebagai pelajar kolej matrikulasi.

Posted by tyaa On Friday, October 20, 2017

Hi guys, it's TJ. In this post, I will be sharing apa yang perlu kamu buat dan bawa sebelum dan semasa hari pendaftran 😃

Disebabkan saya merupakan pelajar yang mendaftar sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan, maka saya akan menulis blog mengenainya tapi bagi yang mendaftar di kolej matrikulasi negeri lain pun boleh ja pakai ni rasanya.

  1. Pastikan surat perjanjian ada 2 salinan dan sudah ditandatangan. (Sila baca arahan dengan teliti, pelajar yang menerima tawaran masuk ke kolej matrikulasi selalunya mempunyai masa 2 bulan untuk menyiapkan semua dokumen sebelum hari mendaftar.)
  2. Borang yang memerlukan salinan kad pengenalan dan sijil lahir tidak perlu disahkan kerana sesungguhnya, ianya tidak dihantar pun.
  3. Sila buat tempahan hotel dengan awal kerana sesungguhnya Labuan ialah sebuah negeri yang kecil dan tidak mempunyai banyak hotel (untuk mengelakkan kejadian kehabisan hotel seperti yang berlaku pada tahun ini, sila ambil iktibar dari cerita pendek ini)
  4. Bagi pelajar perempuan, sila gunakan baju kurung semasa hari pendaftaran atau kamu akan diarahkan untuk menukar baju dan proses pendaftaran akan menjadi lambat. (yang pakai seluar akan diarahkan unutk menukar pakaian sebelum proses pendaftaran this is 100% based on my experienced kalau tidak percaya, silakan pakai seluar)
  5. Jangan datang lambat kerana sesungguhnya kamu perlu beratur untuk mengambil gambar kad matriks di library. 
  6. Sila sediakan gambar passport sekurang-kurangnya 4.
Lastly, jangan menyusahkan parents dihari pemdaftaran dan jika ada sebarang pertanyaan sila kemukakan diruang komen. Sekian.

0 comments:

Post a Comment