This post will be written in Malay but you can always use the Google translate to translate the content if you want to 😁
First of all, tujuan saya menulis blog ini adalah untuk memudahkan bakal-bakal junior yang diterima masuk ke sekolah asrama atau bakal tinggal di asrama kolej mahupun universiti.
Memang lumrahlahkan kalau balik-balik tanya kawan apa yang perlu dibawa pergi ke sekolah setiap kali sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun baru. Maka oleh itu, disini saya akan menyediakan checklist barangan yang simple dan tidak memeningkan tapi sangat-sangat penting.
Both gender
antara barang-barangan yang perlu ada ialah
- Baldi
- Gayung
- Barang mandian (berus gigi, syampoo, sabun mandi, ubat gigi etc.)
- Selipar tandas
- Kasut kuliah (kasut kulit)
- Kasut sukan
- Socks (apa-apa jenis pun boleh yang penting sesuai dengan occasion contohnya, jangan pakai sport socks pegi kelas unless kau ada P.E. class)
- Kertas kajang (exam pad/exam sheet)
- Alat tulis
- Buku
- Baju harian (bawa ja lah berapa pun)
- Stock (makanan ringan 😂)
- Hanger
- Penjepit kain
- Nail clipper
- Sisir
- Berus kain
- Pocket file (plastik/yang macam manila card tu pun boleh)
Perempuan
- Baju kurung (5 pasang pun okay sudah janganlah terlalu ikutkan checklist blog lain yang bawa sampai 10-15 pasang. Unless kau jenis malas mencuci bawalah banyak-banyak)
- Pakaian dalam (skirt dalam, singlet etc)
- Tudung (bawa lah yang kau rasa sesuai dengan baju baju yang kau bawa)
- Anak tudung
Lelaki
- Baju Melayu
- Pakaian dalam
- Seluar slack
- Baju kemeja
Nota penting!!
baca bagus-bagus, hadamkan.
- For college/university students
- Bawa laptop kerana ianya sangat penting. Bagi yang bakal memasuki kolej matrikulasi, kamu akan diajar cara membuat thesis oleh lecturer of English Department. Maka, laptop adalah sangat penting untuk menyiapkan thesis. Tapi, kalau tiada laptop janganlah paksa parents pergi beli sebab nanti kamu akan dibagi group/buat group of 4 jadi pandai-pandailah bekerjasama.
- Bawa telefon kerana kebanyakkan assignment akan dihantar melalui group WhatsApp/Telegram (sila beli sdcard yang storage besar kalau memory phone tidak cukup besar)
- Printer boleh bawa jangan risau
- Bawa iron (tidak perlu ironing board, pakai ja meja study yang disediakan)
- Tidak boleh bawa extension (termasuklah adapter yang boleh cucuk banyak plug tu)
- Sila sediakan calculator fx-570ES PLUS (ketahuilah bahawa ianya sangat memudahkan hidup anda kelak)
- Bawa heater
- Boleh bawa mi segera, jangan risau
- Sediakan buku latihan yang kecil untuk jotter book (experiment punya buku) dan latihan tutorial sekurang kurangnya 4, tapi kalau suka buat latihan dekat buku latihan yang panjang tu belilah yang panjang and for jotter book do ask your practical lecturer dia prefer buku yang macam mana untuk jotter and sometimes ada ja subject yang lecturer tidak minta jotter book. Apa-apa pun, ask your lecturer first.
- Bawalah kertas A4, terutamanya pelajar subject biology.
- Bagi pelajar perempuan, dibenarkan memakai baju lain selain baju kurung tapi dengan syarat mestilah dipadankan dengan skirt dan bukannya seluar.
- Ketahuilah, bahawa sesungguhnya akan ada Majlis Iftar Jama'ie (sekiranya kamu mendaftar pada bulan puasa), Majlis Sambutan Hari Raya, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Malam kebudayaan.
- Bagi pelajar lelaki, silalah bawa neck tie dan memakai baju Melayu/kurta pada hari Jumaat adalah dibenarkan tetapi tidak diwajibkan.
- For boarding school students (sekolah berasrama penuh : sbp/mrsm/sekolah agama)
- Necktie dan tie clip akan disediakan di sekolah (belilah di koperasi nanti)
- Pakai calculator jenis fx-570MS pun sudah memadai.
- Telefon bimbit/smartphone adalah diharamkan kecuali dengan izin warden. Maka oleh itu, duit syiling adalah sangat penting.
- Untuk jenis kasut sekolah ialah kasut kulit bagi pelajar SBP as for MRSM sis tak sure, sila rujuk surat tawaran. (sis dulu budak sbp bukan mrsm, maaf)
- Iron tidak perlu bawa, ianya sudah pun disediakan.
- Cadar tidak perlu beli sedia, ada dijual di koperasi (again this is for SBP, idk about the other types of boarding school) tapi kalau mau bawa sedia pun tidak mengapa yang penting tidak bercorak a.k.a warna putih.
- Bagi pelajar lelaki, baju Melayu warna putih adalah wajib pada hari Jumaat.
-The End-
p/s: kalau ada apa-apa soalan, feel free to comment down below atau directly chat me through fb or dm me through twitter.
1 comments:
boleh bawak laptop tak ke sbp
Post a Comment